Calon -calon Ketua Pelajar yang terdiri daripada wakil daripada 10 badan khas SMK Tinggi Melaka iaitu daripada Badan Pengawas , Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah , Badan Pengawas Koperasi, Badan Dakwah dan Kerohanian, Badan Pengawas SPBT ,Pembimbing Rakan Sebaya, Majlis Pelajar Asrama serta Majlis Perwakilan Pra-Universiti.
Seorang pemimpin mampu menyentuh hati orang lain sebelum meminta mereka melakukan sesuatu. (John Maxwell)
PEMIMPIN BERWIBAWA
MAJLIS PERWAKILAN PRA-UNIVERSITI , PENGAWAS SPBT , PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH , BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN
Tuesday, 7 February 2017
Monday, 23 January 2017
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....selamat datang ke blog Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka bagi sesi 2017..
Majlis Perwakilan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu badan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Tinggi Melaka. MPP berfungsi sebagai penghubung di antara para pelajar dengan pihak pentadbir sekolah mahu pun para guru disamping menjaga kebajikan para pelajar .
MPP juga bertanggungjawab untuk membincangkan isu-isu atau masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan membantu para pelajar dan pemimpin sekolah dalam mencari jalan penyelesaian dalam menangani isu/masalah tersebut.
Tugas MPP yang lain :
+ Mengendalikan Perhimpunan Rasmi Sekolah
+ Membantu dalam mengendalikan majlis-majlis khas sekolah
+ Membantu dalam pengendalian aktiviti-aktiviti sekolah yang lain.
+ Membantu pihak sekolah dalam meraikan pelawat sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)