PEMIMPIN BERWIBAWA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI MELAKA
GABUNGAN KETUA-KETUA BADAN PEMIMPIN SEKOLAH MENENGAH TINGGI MELAKA SESI 2017
PENGAWAS SEKOLAH , PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH , PEMBIMBING RAKAN SEBAYA , MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA ,
MAJLIS PERWAKILAN PRA-UNIVERSITI , PENGAWAS SPBT , PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH , BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN

Monday, 23 January 2017

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ....selamat datang ke blog Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka bagi sesi 2017..

Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu badan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Tinggi  Melaka. MPP berfungsi sebagai penghubung di antara para pelajar dengan pihak pentadbir sekolah mahu pun para guru disamping menjaga kebajikan para pelajar . 

MPP juga bertanggungjawab untuk membincangkan isu-isu atau masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan membantu para pelajar dan pemimpin sekolah dalam mencari jalan penyelesaian dalam menangani isu/masalah tersebut.

Tugas MPP yang lain :

+ Mengendalikan Perhimpunan Rasmi Sekolah
+ Membantu dalam mengendalikan majlis-majlis khas sekolah
+ Membantu dalam pengendalian aktiviti-aktiviti sekolah yang lain.
+ Membantu pihak sekolah dalam meraikan pelawat sekolah. 

No comments:

Post a Comment