PEMIMPIN BERWIBAWA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI MELAKA
GABUNGAN KETUA-KETUA BADAN PEMIMPIN SEKOLAH MENENGAH TINGGI MELAKA SESI 2017
PENGAWAS SEKOLAH , PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH , PEMBIMBING RAKAN SEBAYA , MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA ,
MAJLIS PERWAKILAN PRA-UNIVERSITI , PENGAWAS SPBT , PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH , BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN

Aktiviti Sekolah

PROSES PEMILIHAN KETUA PELAJAR DALAM KALANGAN WARGA PELAJAR



Pada 18 dan 19 Januari 2017 , SMK Tinggi Melaka telah mengadakan satu pilihan raya kecil untuk memilih Ketua Pelajar dalam kalangan ketua-ketua badan khas di SMK Tinggi Melaka . Ketua - ketua badan khas  yang terdiri pada Badan Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber Sekolah , Pengawas Koperasi Sekolah, Pengawas SBPT , Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), PRS , Majlis Perwakilan Pra-Universiti (MPU)  dan Majlis Pelajar Asrama. Seramai 10 orang ketua daripada badan khas sekolah telah dicalonkan dalam pemilihan tersebut . Seramai 202 pemimpin pelajar terlibat sebagai pemilih dalam pemilihan tersebut .

Setiap calon diberi peluang menyampaikan ucapan untuk memberikan keyakinan kepada para pemilih untuk membuktikan kelayakan mereka untuk menjawat  jawatan yang tertinggi iaitu sebagai KETUA PELAJAR bagi sesi 2017.


                Muhammad Ammar Asyraf bin Mohamed menyampaikan ucapannya.

        Ketua Pengawas Sekolah T6,  Hans Lee Jia Ming menyampaikan ucapan serta manifesto

    
Calon daripada Ketua Pengawas PSS T6, Ng Su Ting


Muhammad Abdul Salam Bin  Razak Ketua Pengawas SPBT menyampaikan ucapan  yang baik


 Muhammad Farid Bin Abu Samah, Ketua BADAR menyampaikan ucapan 



   
En. Saufi Bin Mat Kahar selaku Ketua Peti Undi menyampaikan taklimat.

           

   
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar turut membuang undi



  

  Muhammad Ghilman sedang membuang undi di dalam kotak undi


PROSES PEMILIHAN KETUA PELAJAR DALAM KALANGAN WARGA PENDIDIK

Pada hari Khamis bersamaan 19 Januari 2017, seramai 123 tenaga pendidik SMK Tinggi Melaka telah terlibat secara langsung dalam pemilihan Ketua Pelajar bagi sesi 2017 . Seramai 10 orang calon Ketua Pelajar telah menyampaikan manifesto masing-masing untuk memberi keyakinan kepada para pentadbir dan para guru yang terlibar dalam proses pemilihan . 


 Ketua MPU , Nur Syamiera Gilbert menyampaikan ucapannya


Ketua Pengawas Pusat Sumber Aliran Perdana, Muhd. Ghilman  menyampaikan 
ucapannya  dengan penuh yakin




Ziqry Haziq, Kapten Asrama sedang menyampaikan manifesto dengan penuh yakin


Tn. Haji Azmi Bin Sakmis, PK T6 sedang membuang undi di dalam kotak undi


 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sedang memungut kertas undi daripada tenaga pendidik




PROSES KIRAAN UNDI 

Usai sahaja proses pemilihan Ketua Pelajar dalam kalangan warga pendidik dan pelajar, proses kiraan undi dilaksanakan di Bilik Akasia. Pengira undi terdiri daripada Pn. Salmah Binti Kamardin selaku ketua, En. Omar Bin Marjuki dan Cik Fazreena Binti Mohd. Fadzil.

















MAJLIS INGATAN MESRA

Pada tanggal 25 Januari 2017, warga pendidik dan MPP SMK Tinggi Melaka telah mengadakan satu majlis ingatan mesra untuk  Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tinggi Melaka iaitu En.Razali bin Kudap yang telah berkhidmat dan berbakti selama +-19 tahun di SMK Tinggi Melaka . Beliau mula berdaftar di SMK Tinggi Melaka pada tahun 1998 sehingga 2017 sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran .Sebak rasanya di hati dalam kalangan warga pendidik yang kehilangan seorang rakan yang dedikasi dan baik hati. Bukan itu sahaja, warga pelajar juga akan kehilangan seorang guru yang telah mencurahkan kasih sayang terhadap mereka .Tapi apakan daya , hidup seorang guru yang perlu mengalas tanggungjawab demi anak didik bangsa . En.Razali bin Kudap akan memulakan tugasnya di SMK Ayer Molek pada 1 Februari 2017.Tahniah daripada kami kepada En.Razali dan warga SMK Tinggi Melaka sentiasa mendoakan kesihatan dan kebaikan kepadamu guru , salam rindu dan sentiasa memperingati dirimu . 
                                                  

                                                      Pelangi muncul jarang sekali,
                                                   Indah sungguh berwarna-warni,
                                                     Jasamu guru besar sekali,
                                                   Tidak terbalas walau seinci.



                     Ketua Pelajar , Zikry Haziq menyampaikan cenderahati kepada En.Razali

                                         

           En.Razali menyampaikan ucapan buat kali terakhir sebagai GPK Pentadbiran




                                               

                            Pengetua SMK Tinggi Melaka , Dr.Ramnan menyampaikan cenderahati


                     Pengetua SMK Tinggi Melaka , Dr.Ramnan menyampaikan ucapannya


                                        

             Muhammad Farid selaku ketua dan wakil daripada BADAR menyampaikan cenderahati


GURU PENYAYANG MURID DIKASIHI

Pada 13 Februari 2017 , Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi amanah kepada seluruh sekolah di Malaysia untuk melaksanakan Program Guru Penyayang. Program Guru Penyayang ini telah dilaksanakan oleh Pn, Salmah yang merupakan guru kaunseling sekolah yang mengetuai majlis tersebut .



Pengetua , Dr. Ramnan menyampaikan ucapan dan ucapan daripada KPM
Pengetua di iringi oleh Gpk Hem dan Gpk Tingkatan 6 untuk acara gimik

Pengetua dan pelajar dalam acara memotong kek sebagai lambang
Guru Penyayang Murid Dikasihi 


Pn Zarina menjadi wakil guru tingkatan 2 mengambil sijil amanah daripada Pengetua

Pengetua memberi sijil amanah kepada wakil guru tingkatan







No comments:

Post a Comment